Wednesday, 10 August 2011

PS1016 - 100 WAYS TO SAVE TAX IN MALAYSIA FOR INDIVIDUALS



TITLE :
100 WAYS TO SAVE TAX IN MALAYSIA FOR INDIVIDUALS (paperback)

AUTHOR:
RICHARD THORNTON

PUBLISHER:
SWEET & MAXWELL ASIA

YEAR PUBLISHED:
2010

NO.OF PAGES:
302

PRICE:
RM 50.00 + RM 7.00 delivery cost

CONDITION:
NEW

DESCRIPTION:

Learn ways to save on your tax. You will be amazed on how some of the basic things that you normally take for granted will actually save you a lot of money.

This book offers practical guide and is written for the public to comprehend rather than being flooded with full of financial jargons. The author is an experienced tax consultant and is well versed in Malaysian Taxation system. He also wrote several books to educate peoples and businesses on many tax issues.

Some of the topics discussed are self-assessment system and ideas on how to save your tax whether you are single, married, have some properties and so on. 


Monday, 8 August 2011

PS1015 PERISAI MUSLIM

JUDUL:
PERISAI MUSLIM : HIMPUNAN DOA DAN ZIKIR DARIPADA AL-QUR'AN DAN AL-SUNNAH (paperback)

PENULIS ASAL:
SHEIKH DR SAID BIN ALI WAHF AL-QAHTANI

PENTERJEMAH:
DR. ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN

PENERBIT:
TELAGA BIRU

TAHUN TERBITAN:
2009

BIL. MUKASURAT:
226 (Buku bersaiz 15 x 15cm)

HARGA:
RM 15.00 (Harga asal RM 17.00) + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI:
Baru, dengan sedikit kesan kerosakan yang sangat kecil pada kulit.

KETERANGAN:

Buku kecil ini adalah satu usaha dari penulis untuk menghimpunkan doa-doa dan zikir berdasarkan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an dan hadis-hadis yang sahih, hasan atau mempunyai sanad yang baik berdasar hukum yang diputuskan oleh ulama hadis.

Ia merupakan ringkasan kepada kitab asalnya dan lebih menumpukkan kepada matan (teks) doa dan zikir-zikir tersebut dan tidak menunjukkan sanadnya dengan panjang lebar. Ia juga dibuat bersaiz kecil untuk mudah di bawa kemana-mana atau digunakan sewaktu dalam permusafiran.

Antara doa dan zikir yang terdapat ialah doa-doa ketika berwudhuk, solat, keluar rumah, ketika dukacita, terhindar dari syirik dan sebagainya.

Friday, 5 August 2011

PS1014 SYARAH HADITS ARBA'IN

JUDUL:
SYARAH HADITS ARBA'IN : PENJELASAN 42 HADITH TERPENTING DALAM ISLAM (hardcover)

JUDUL ASAL:
SYARHUL ARBA'IN an-NAWAWIYYAH

PENULIS:
SYAIKH MUHAMMAD BIN SHALIH al-'UTSAIMIN

PENTERJEMAH:
ABU AHSAN SIROJUDDIN HASAN BASHRI

PENERBIT:
PUSTAKA IBNU KATSIR

TAHUN TERBITAN:
2003 (Edisi Asal), 2009 (Edisi Terjemahan)

BIL. MUKASURAT:
586

HARGA:
RM 70.00 + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI:
Baru

KETERANGAN:

Buku Syarah Hadits Arba'in in merupakan buku syarahan atau penerangan oleh Syaikh al-'Utsaimin ke atas kitab hadits yang dikumpulkan oleh salah seorang ulama terbilang iaitu Imam an-Nawawi (w. 676H).

Koleksi hadits ini telah diketahui umum sebagai antara 42 hadits yang terpenting dalam Islam. Penulis (Syaikh al'Utsaimin) telah berusaha memnberi penjelasan untuk memudahkan pemahaman umum. Beliau telah menjelaskan hadits demi hadits dengan piawaian yang tinggi dan menutup perbahasan setiap hadits tersebut dengan memberi kesimpulan terhadap faedah-faedah yang terdapat didalamnya.

Semoga Allah memberkati usaha beliau dan mereka yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

Lain - lain rujukan (sila klik);

Sunnah Kuliah Online : Kuliah hadith Arba'in ke-17 oleh Ustaz Mohd Zain

Tuesday, 2 August 2011

PS1013 PANDUAN WAKAF, HIBAH DAN WASIAT MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH

JUDUL:
PANDUAN WAKAF, HIBAH DAN WASIAT MENURUT AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH (paperback)

JUDUL ASAL:
ASY-SYARHUL MUMTI' KITAABUL WAQF WAL HIBAH WAL WASHIYYAH

PENULIS:
SYAIKH MUHAMMAD BIN SHALIH al-'UTSAIMIN

PENTERJEMAH:
ABU HUDZAIFAH

PENERBIT:
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFI'I (Edisi Terjemahan)

TAHUN TERBITAN:
EDISI ASAL (2005), EDISI TERJEMAHAN (2008)

BIL. MUKASURAT:
327

HARGA:
RM 26.00 + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI:
Baru

KETERANGAN:

Anda biasa mendengar mendengar mengenai Wakaf, Hibah dan Wasiat, tetapi tidak begitu memahami konsepnya dan perbezaan antara konsep-konsep tersebut? Tidak ada banyak buku yang membincangkan soal ini, maka penulisnya iaitu seorang ulama Ahlus Sunnah yang terkenal iaitu Syaikh Muhammad Shalih al-'Utsaimin telah mengambil inisiatif untuk menulis tentangnya berdasarkan panduan-panduan yang berteraskan al-Qur'an dan as-Sunnah.

Aplikasi Wakaf, Hibah dan Wasiat ini juga semakin berkembang di Malaysia dengan kewujudan banyak institusi-institusi dan perbincangan-perbincangan mengenainya, oleh itu dengan memahami prinsip-prinsipnya berdasarkan dalil - dalil yang sahih akan memastikan pelaburan akhirat anda tidak akan sia-sia, InsyaAllah. 

PS1012 FATHUL BARI : SYARAH SAHIH AL-BUKHARI JILID 2


JUDUL:
FATHUL BARI : SYARAH SHAHIH al- BUKHARI, JILID 2 - KITAB ILMU (hardcover)

PENULIS:
al-HAFIZH IBNU HAJAR al-'ASQALANI

PENTERJEMAH:
ABU IHSAN al-ATSARI

PENERBIT (EDISI ARAB):
DAAR AS-SALAAM, RIYADH

PENERBIT (EDISI INDONESIA):
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFI'I

TAHUN TERBITAN:
Edisi asal (2000), Edisi terjemahan (2010)

BIL. MUKASURAT:
449

HARGA:
RM 80.00 + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI:
Baru

KETERANGAN:

Buku Fathul Bari ini adalah karangan seorang ahli hadith yang mahsyur iaitu al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani (773H-852H). Beliau telah memberikan syarahan berdasarkan kitab hadith Shahih al-Bukhari.

Buku ini terdiri daripada 9 jilid semuanya dalam edisi terjemahan bahasa Indonesia yang mudah difahami, dengan susunannya menurut kitab-kitab dalam Shahih al-Bukhari. Jilid 2 ini adalah penjelasan berkenaan Kitab Ilmu.

Setiap hadith-hadithnya disusun secara satu persatu dan diberi penerangan yang sangat ekstensif, baik dari segi bahasa, takwilan, penjelasan berdasarkan ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith lainnya, perkataan imam-imam muktabar dan sebagainya. Perawi-perawi sesuatu hadith juga disenaraikan satu persatu.

Kitab ini amat baik untuk dimiliki dalam usaha memahami sesuatu hadith daripada Shahih al-Bukhari, dan sesuai untuk mereka yang ingin mengambil manfaat darinya.

Monday, 1 August 2011

PS1011 FATHUL BARI : SYARAH SAHIH AL-BUKHARI JILID 1

JUDUL:
FATHUL BARI : SYARAH SHAHIH al- BUKHARI, JILID 1 - KITAB WAHYU DAN IMAN (hardcover)

PENULIS:
al-HAFIZH IBNU HAJAR al-'ASQALANI

PENTERJEMAH:
ABU IHSAN al-ATSARI

PENERBIT (EDISI ARAB):
DAAR AS-SALAAM, RIYADH

PENERBIT (EDISI INDONESIA):
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFI'I

TAHUN TERBITAN:
Edisi asal (2000), Edisi terjemahan (2010)

BIL. MUKASURAT:
692

HARGA:
RM 80.00 + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI:
Baru

KETERANGAN:

Buku Fathul Bari ini adalah karangan seorang ahli hadith yang mahsyur iaitu al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani (773H-852H). Beliau telah memberikan syarahan berdasarkan kitab hadith Shahih al-Bukhari.

Buku ini terdiri daripada 9 jilid semuanya dalam edisi terjemahan bahasa Indonesia yang mudah difahami, dengan susunannya menurut kitab-kitab dalam Shahih al-Bukhari. Jilid 1 ini adalah penjelasan berkenaan Kitab Wahyu dan Iman.

Setiap hadith-hadithnya disusun secara satu persatu dan diberi penerangan yang sangat ekstensif, baik dari segi bahasa, takwil, penjelasan berdasarkan ayat-ayat Qur'an dan hadith-hadith lainnya, perkataan imam-imam muktabar dan sebagainya. Perawi-perawi sesuatu hadith juga disenaraikan satu persatu.

Kitab ini amat baik untuk dimiliki dalam usaha memahami sesuatu hadith daripada Shahih al-Bukhari, dan sesuai untuk mereka yang ingin mengambil manfaat darinya.

Lain - lain rujukan (sila klik);

1. Sunnah Kuliah Online - Muqaddimah Sahih Bukhari oleh Maulana Asri Yusuf 21-01-2006 1/12
2. Sunnah Kuliah Online - Sahih Bukhari , Kitab Wahyu oleh Maulana Asri Yusof 25-02-2006 1/11

PS1010 AL-FARID DICTIONARY


JUDUL:
KAMUS AL-FARID (ARAB-ARAB-INGGERIS-MELAYU) -(paperback)

PENULIS:
DR MOHD PUZHI USOP
MOHD AZRUL AZLEN ABD HAMID
MARZIDAH HASHIM
NORASMAZURA MUHAMMAD
RAJA MUNIRAH RAJA SULAIMAN

PENERBIT:
TELAGA BIRU

TAHUN TERBITAN:
2009

BIL.MUKASURAT:
768

HARGA:
RM 50.00 + RM 7.00 kos penghantaran (bilangan adalah terhad)

KONDISI:
Baru

KETERANGAN:

Kamus ini adalah kamus tri-bahasa (Arab - Arab - Inggeris - Melayu) dengan kaedah penyusunan yang menarik dan terkini, tidak seperti kamus-kamus konvensional lainnya.

Susunan perkataan adalah bermula dari huruf "alif" hingga huruf "ya" dan juga mengandungi entri-entri lain seperti bacaan dalam solat, doa, nama-nama negeri, institusi dan sebagainya.

Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur bermula dari pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan orang awam dan mengandungi lebih daripada 25000 perkataan. Sangat sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada bahan rujukan untuk perpustakaan di rumah.