Sunday, 20 November 2011

PS1037 SIRI PERJUANGAN RASULULLAH SAW (CD-ROM, SET 5 CD)


JUDUL :
SIRI PERJUANGAN RASULULLAH SAW (CD-ROM, set 5 CD)


PENERBIT :
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TAHUN TERBITAN :
2005 - 2006

HARGA :
RM 100.00 (set 5 CD-ROM, harga asal RM 125.00) + RM7.00 kos penghantaran

KONDISI :

Baru


KETERANGAN :


Terdapat lima kisah yang dikumpulkan dalam siri ini, yang mana setiap satunya diceritakan dalam bentuk animasi dan interaktif yang menarik, disertai dengan permainan dan maklumat peristiwa-peristiwa tersebut. Sesuai untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Lima buah CD itu ialah;

1. BADAR al-KUBRA

Kisah Muhajirin dan Ansar menghadapi peperangan yang dicetuskan oleh Musyirikin Makkah yang memerangi Rasulullah dan kaum Muslimin.

2. IKTIBAR UHUD

Peristiwa Peperangan Uhud yang menjadi iktibar kepada kaum Muslimin berlaku lebih kurang setahun selepas kemenangan di Badar. Kaum Musyirikin membuat persediaan yang lebih rapi dan berlaku peperangan yang sungguh sengit.

3. PERANG AHZAB

Kemaraan tentera Ahzab menyebabkan Rasulullah mengatur strategi yang luar biasa. Kaum Muslimin bekerja siang dan malam menggali parit untuk dijadikan kubu. Juga bagaimana kisah pengkhianatan kaum Yahudi Bani Quraizah.

4. GERAKAN KE KHAYBAR

Rasulullah mengetuai gerakan tentera Muslimin menuju ke Khaybar, kawasan yang didiami kaum Yahudi dan merupakan benteng dan wilayah terbesar mereka di Semenanjung Arab. Juga bagaimana kisah percubaan Yahudi meracun Rasulullah SAW.

5. PEMBUKAAN KOTA MAKKAH

Kaum Musyirikin telah melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan menyerang perkampungan Bani Khuzaah. Rasulullah SAW menghantar utusan dengan memberi mereka tiga pilihan. Pembesar Quraisy telah memilih untuk membatalkan Perjanjian Hudaibiyah dan Rasulullah membawa masuk tentera Muslimin memasuki Makkah, yang merupakan kampung halaman bagi kebanyakkan tentera Muslimin tersebut. Allah telah memberikan kemenangan dan Makkah dan Kaabah kembali ke pangkuan kaum Muslimin.

Untuk keterangan lanjut sila email ke pustaka.sabrina@gmail.com


No comments:

Post a Comment

If you have any questions or comments please do so freely. Pustaka Sabrina Team will do our best to serve your need. Thank you.