Friday, 9 December 2011

TBS1043 FIQHUS SIRAH


JUDUL :
FIQHUS SIRAH

PENULIS ASAL :

MUHAMMAD AL-GHAZALI

PENTERJEMAH :
ABU LAILA dan MUHAMMAD TOHIR

PENERBIT :
PUSTAKA JIWA

TAHUN TERBITAN :
1996

BIL. MUKASURAT :
774

HARGA :
RM 8.00 (Harga asal RM 35.00) + RM7.00 kos penghantaran

KONDISI :

Terpakai, Lusuh

KETERANGAN :


Banyak riwayat orang-orang besar yang dibaca dan dikagumi kecemerlangannya, dan diikuti sikap dan pendiriannya. Tetapi apabila membicarakan tentang sejarah hidup Rasulullah SAW ia bukan sekadar untuk membawa kekaguman, tetapi untuk difahami dengan jelas risalah besar yang dibawa oleh Baginda SAW.

Penulis, seorang ulama dari Mesir, menulis bahawa beliau menghasilkan buku ini bukan untuk mewujudkan hubungan baru dengan seorang Rasul, bukan pula sekadar mengumpulkan sejumlah keterangan untuk membuktikan kebenaran risalah, dan bukan penceritaan pada "kulit" sahaja. Tetapi yang lebih penting adalah memberi gambaran sebenarnya dan mengemukakan hikmah dan makna berkenaan peristiwa-peristiwa yang terjadi, tanpa penceritaan yang dibuat-buat dan dikarang-karang. 

Penulis telah berusaha untuk memastikan sumber-sumber yang digunakan adalah berdasarkan dalil-dalil yang sahih, di mana sahaja ada keraguan akan dinyatakan seperti ulasan ulama hadith pada hadith-hadith yang dikemukakan. Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment

If you have any questions or comments please do so freely. Pustaka Sabrina Team will do our best to serve your need. Thank you.