Tuesday, 28 February 2012
TBS1058 AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW)
JUDUL:
AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW) (hardcover)
PENULIS:
SHAIKH SAFIYURRAHMAN AL-MUBARAKFURI
PENTERJEMAH:
MOHD DARUS SENAWI ALI
PENERBIT :
CRESCENT NEWS (terjemahan)
TAHUN TERBITAN:
2000 (cetakan 2012)
BIL. MUKASURAT:
715
HARGA:
RM 60.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Sirah Rasulullah SAW adalah sejarah terbaik yang boleh diambil pengajaran darinya, kerana tiada manusia di muka bumi ini yang lebih layak dicontohi melainkan Baginda Rasulullah SAW. Juga tiada manusia lain yang mana sejarah hidupnya direkodkan secara terperinci dan menjadi ikutan jutaan manusia hingga ke hari ini. Dan demi menjaga kesuciannya, rujukan Sirah Rasulullah SAW mestilah di ambil dari sumber-sumber yang diyakini kesahihannya.
Kitab ini merupakan kitab yang unik dan tersendiri, dihasilkan secara pendekatan kronologi sejarah berdasarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW. Setiap peringkat sejarah dikaji secara mendalam dan penulis berusaha membebaskannya dari sebarang bentuk kepalsuan dan khurafat. Bab-bab disusun dari zaman sejarah awal bangsa Arab hinggalah kepada kewafatan Rasulullah SAW.
Kitab ini diperakui oleh para sarjana Islam kontemporari dan telah memenangi hadiah pertama di dalam "Sayembara Buku Sirah Nabawiah" yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami.
Wednesday, 22 February 2012
TBS1057 SYARAH ADAB & MANFAAT MENUNTUT ILMU
JUDUL:
SYARAH ADAB & MANFAAT MENUNTUT ILMU (softcover)
PENULIS:
SYAIKH MUHAMMAD BIN SHALIH al-'UTSAIMIN
PENTERJEMAH:
AHMAD SABIQ
PENERBIT :
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFI'I (terjemahan)
TAHUN TERBITAN:
2005 (cetakan kedua 2007)
BIL. MUKASURAT:
297
HARGA:
RM 30.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Buku ini adalah terjemahan karya asal yang berjudul Syarh Hilyah Thaalibil 'Ilmi, karya asal oleh Syaikh Abu Bakar Abu Zaid dan disyarah oleh Syaikh al-'Utsaimin.
Ia membicarakan tentang keutamaan dan adab-adab menuntut ilmu berdasarkan Qur'an dan Sunnah, yang mana berdasarkan kaedah-kaedah ini telah lahir ramai ulama terkemuka dalam berbagai bidang pengajian.
Buku ini sememangnya patut dibaca oleh sekalian pencinta ilmu, khususnya para pendidik, pelajar mahupun orang awam.
Antara topik-topik yang diperbincangkan ialah adab seorang pelajar terhadap diri sendiri, tatacara menuntut ilmu, adab dengan guru, merealisasikan ilmu dengan amal dan lain-lain.
Friday, 17 February 2012
TBS1056 TAFSIR QURAN KARIM
JUDUL:
TAFSIR QURAN KARIM 30 JUZUZ (hardcover)
PENULIS:
PROF. DR. H. MAHMUD YUNUS
PENERBIT :
P.T. HIDAKARYA AGUNG
TAHUN TERBITAN:
1979
BIL. MUKASURAT:
924
HARGA:
RM 13.00 (Harga asal RM 28.00) + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Terpakai,keadaan baik
KETERANGAN:
Tafsir Quran Karim ini merupakan hasil usaha seorang ulama Minangkabau, Prof. Dr. H. Mahmud Yunus selama berpuluh tahun. Terbitan yang pertama adalah pada tahun 1950.
Tafsir Quran ini adalah antara usaha awal di nusantara kerana pada ketika penulis memulakan karya tafsirnya (sekitar tahun 1920-an hingga ke tahun 1950-an), pada umumnya para ulama nusantara menyatakan haram menterjemah al-Quran ke bahasa lain. Bagaimanapun atas kesedaran pentingnya diterjemahkan ke bahasa Melayu untuk memudahkan masyarakat yang tidak memahami bahasa Arab, beliau meneruskan juga usahanya.
Selain terjemahan ayat-ayat al-Quran, penulis juga telah memasukkan bahagian tafsiran kesimpulan isi al-Qur'an berdasarkan kajian beliau untuk kemudahan pembaca memahami keterangan-keterangan al-Qur'an.
Saturday, 11 February 2012
TBS1055 AUDEL WELDERS GUIDE AND HAND BOOK
TITLE :
AUDEL WELDERS GUIDE AND HANDBOOK (soft cover)
AUTHOR :
JAMES E.BRUMBAUGH
PUBLISHER :
HOWARD W. SAMS & CO.
YEAR PUBLISHED :
1973 (Reprint 1989)
NO. OF PAGES :
918
PRICE :
RM 10.00 (Original price RM 47.50) + RM 7.00 delivery cost
CONDITION :
Used
DESCRIPTION :
A classic from AUDEL, this welders guide and handbook offers discussions on various aspects of welding and its processes. Some of the topics are;
- fundamentals of welding
- Gas welding
- Arc welding
- TIG and MIG
- Submerged Arc and other shielded Arc
- Resistance welding
- Thermit welding
- Stud welding
- Metal cutting
- Soldering
- Brazing
- and much more.
Thursday, 9 February 2012
TBS1054 AUDEL MECHANICAL TRADES POCKET MANUAL, 4th ed.
[SOLD OUT]
TITLE :
AUDEL MECHANICAL TRADES POCKET MANUAL, 4th edition(soft cover - pocket size)
AUTHOR :
THOMAS BIEBER DAVIS, CARL A. NELSON Sr.
PUBLISHER :
WILEY PUBLISHING
YEAR PUBLISHED :
2004
NO. OF PAGES :
502
PRICE :
RM 8.00 (Original price RM 47.80) + RM 7.00 delivery cost
CONDITION :
Used, seasoned
DESCRIPTION :
From the famous AUDEL series, this convenient guide covers the latest industrial equipment as well as all the tools and machines prevalent in older plants, even those from the early 1970's and before.
This complete mechanical trades reference tools offers discussion on machinery installation, welding, rigging, carpentry, basic electricity, safety issues, belts, drives, transmissions and bearing, sprinkler system, tips on preventive maintenance, piping and pipefitting, engineering mathematics, geometry, trigonometry, and much more.
Monday, 6 February 2012
TBS1053 FIQH KEUTAMAAN (FIQH AL-AWLAWIYYAT)
JUDUL:
FIQH KEUTAMAAN : SATU KAJIAN BARU DARI PERSPEKTIF AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH. (softcover)
JUDUL ASAL:
FI FIQH AL-AWLAWIYYAT : DIRASAH JADIDAH FI DAW'I AL-QUR'AN WA AS-SUNNAH
PENULIS:
PROF. DR. YUSUF AL-QARADHAWI
PENTERJEMAH:
AHMAD NURYADI ASMAWI
PENERBIT :
THINKER'S LIBRARY
TAHUN TERBITAN:
1996 (CETAKAN KE-12, 2011)
BIL. MUKASURAT:
335
HARGA:
RM 20.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Antara perkara penting yang sering ditinggalkan oleh kaum muslimin adalah memahami tingkatan-tingkatan kepentingan sesuatu perkara. Seringkali kali kita terjebak dengan mendahulukan perkara yang kurang penting ke atas perkara yang lebih penting dan utama. Natijahnya, walaupun kita merasakan tindakan yang kita lakukan itu baik tetapi dari segi nilaian keutamaan ianya amatlah kecil.
Penulis, seorang ulama tersohor iaitu Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menghasilkan satu kajian yang penuh teliti atas masalah ini dan bukunya dinamakan Fiqh al-Awlawiyaat (Fiqh Keutamaan). Buku ini selama bertahun-tahun telah menjadi sumber rujukan cendekiawan dan sebahagian umat Islam masakini.
"Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan berkesan selari dengan tuntutan Fiqh Keutamaan. Manakala prioriti kerja perlu sesuai dengan pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW." (Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi).
Friday, 3 February 2012
TBS1052 TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA
TAFSIR AL-QUR'AN PER KATA (hardcover)
PENULIS:
DR. AHMAD HATTA, MA.
PENERBIT :
MAGHFIRAH PUSTAKA
TAHUN TERBITAN:
2010
HARGA:
RM 103.00 (Harga asal RM110.00) + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Tafsir Qur'an per kata ini merupakan satu buku yang popular untuk mereka yang ingin memahami makna-makna ayat, dan dalam masa yang sama mempelajari perkataan-perkataan Arab di dalam Al-Qur'an. Ia berbeza dengan buku-buku terjemahan Al-Qur'an yang lain. Setiap perkataan akan diterjemahkan satu persatu.
Selain itu ia turut dilengkapi dengan asbabun nuzul (sebab-sebab turunnya ayat) untuk ayat-ayat tertentu. Ini akan memudahkan pembaca memahami keadaan yang bagaimana sesuatu ayat itu turun kepada Nabi Muhammad SAW.
Subscribe to:
Posts (Atom)