Tuesday, 28 February 2012
TBS1058 AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW)
JUDUL:
AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW) (hardcover)
PENULIS:
SHAIKH SAFIYURRAHMAN AL-MUBARAKFURI
PENTERJEMAH:
MOHD DARUS SENAWI ALI
PENERBIT :
CRESCENT NEWS (terjemahan)
TAHUN TERBITAN:
2000 (cetakan 2012)
BIL. MUKASURAT:
715
HARGA:
RM 60.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Sirah Rasulullah SAW adalah sejarah terbaik yang boleh diambil pengajaran darinya, kerana tiada manusia di muka bumi ini yang lebih layak dicontohi melainkan Baginda Rasulullah SAW. Juga tiada manusia lain yang mana sejarah hidupnya direkodkan secara terperinci dan menjadi ikutan jutaan manusia hingga ke hari ini. Dan demi menjaga kesuciannya, rujukan Sirah Rasulullah SAW mestilah di ambil dari sumber-sumber yang diyakini kesahihannya.
Kitab ini merupakan kitab yang unik dan tersendiri, dihasilkan secara pendekatan kronologi sejarah berdasarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW. Setiap peringkat sejarah dikaji secara mendalam dan penulis berusaha membebaskannya dari sebarang bentuk kepalsuan dan khurafat. Bab-bab disusun dari zaman sejarah awal bangsa Arab hinggalah kepada kewafatan Rasulullah SAW.
Kitab ini diperakui oleh para sarjana Islam kontemporari dan telah memenangi hadiah pertama di dalam "Sayembara Buku Sirah Nabawiah" yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
If you have any questions or comments please do so freely. Pustaka Sabrina Team will do our best to serve your need. Thank you.