Tuesday, 15 May 2012

TBS1074 HURU HARA HARI KIAMAT



JUDUL:
HURU HARA HARI KIAMAT (hardcover)


JUDUL ASAL:
AN-NIHAYAH ; FITANUN WA AHWALUN AKHIR AZ-ZAMAN


PENULIS:
IBNU KATHIR


PENTERJEMAH:
USTAZ MOHD SUHAIL, disemak oleh DR MOHD. PUZHI BIN USOP (UIA)


PENERBIT:
AL-HIDAYAH PUBLICATION


TAHUN TERBITAN :
2011


BIL. MUKASURAT:
589


HARGA:
RM 45.00 (harga asal RM 55.00) + Kos penghantaran RM7.00


KONDISI:
Terpakai, keadaan seperti baru.


KETERANGAN:


Di dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang hari kiamat. Betapa dahsyatnya kemusnahan yang melenyapkan seluruh alam ini. Tidak dapat digambarkan oleh akal dan minda manusia. Jika kita melihat kejadian tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa sekelip mata dan melenyapkan banyak tempat di muka bumi ini sebagai satu yang amat dahsyat. Sehingga jiwa yang kental dan berhati seteguh besi pun akan menitiskan air mata melihat derita akibat kemusnahan itu. Sebenarnya itu amatlah kecil jika dibandingkan dengan kiamat. Kemusnahan dan kehancuran akibat kiamat berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada tsunami atau bencana alam yang paling dahsyat yang pernah berlaku di muka bumi.


Buku ini adalah hasil tulisan asal Ibnu Kathir, yang juga seorang tokoh ilmu hadis yang banyak menghasil buku yang menjadi rujukan dan bacaan seluruh umat Islam sehingga kini. Di dalam buku ini, Ibnu Kathir menghurai secara berperingkat berkenaan kiamat dari segi maksud, peristiwa-peristiwa yang berkaitan serta lebih mantap lagi adalah dari segi dalil atau nas yang diketengahkan bagi menyokong maklumat yang dihuraikan.

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang dihidangkan di dalam buku ini akan bertambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah serta keimanan kita kepada Hari Kiamat. Dengan bukti-bukti serta kisah-kisah itu juga hidup kita akan lebih fokus dan matlamat hidup lebih teguh bagi mendapat kebahagian, kejayaan dan kesenangan di dunia dan akhirat. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment

If you have any questions or comments please do so freely. Pustaka Sabrina Team will do our best to serve your need. Thank you.