Friday, 30 March 2012
TBS1063 PENYELESAIAN MASALAH DALAM DINAMIK GAS
JUDUL:
PENYELESAIAN MASALAH DALAM DINAMIK GAS (softcover)
PENULIS :
DR. MOHAMMAD NAZRI MOHD. JAAFAR
PENERBIT :
PENERBIT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHUN TERBITAN:
2001
BIL. MUKASURAT:
148
HARGA:
RM 8.00 (Harga asal RM 18.00) + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Terpakai
KETERANGAN:
Buku ini bertujuan membantu pelajar dan penyelidik untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kajian aliran bendalir boleh mampat. Buku ini memberikan contoh secara menyeluruh mengenai permasalahan kajian aliran bendalir boleh mampat yang dikenali sebagai Dinamik Gas satu dimensi.
Antara topik-topik yang diperbincangkan ialah aliran isentropik, aliran dengan gelombang kejutan normal, aliran satu dimensi dengan geseran dan sebagainya.
Penulis merupakan seorang pensyarah yang banyak membuat penterjemahan, penulisan dan penyelidikan dalam bidang teknologi pembakaran, kawalan pencemaran udara serta pendorongan roket. Beliau memiliki Ph.D dalam bidang "Pembakaran dan Teknik Pengurangan Emisi dari Proses Pembakaran" dari University of Leeds, UK.
Friday, 16 March 2012
TBS1062 AYAHKU
JUDUL:
AYAHKU : RIWAYAT HIDUP DR. H. ABDUL KARIM AMRULLAH DAN PERJUANGAN KAUM AGAMA DI SUMATERA (softcover)
PENULIS :
PROF. DR. HAMKA
PENERBIT :
PUSTAKA DINI
TAHUN TERBITAN:
2007
BIL. MUKASURAT:
496
HARGA:
RM 35.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Buku ini adalah karangan tokoh nusantara tersohor, Prof. Dr. Hamka berkenaan riwayat hidup ayahnya iaitu Dr. H. Abdul Karim. Namun begitu ia bukanlah sekadar riwayat hidup yang biasa, tetapi sebenarnya mengisahkan juga mengenai perjuangan kaum agama di Nusantara, terutamanya di Sumatera pada zaman itu.
Kata Hamka, "Menyusun riwayat hidup bukanlah perkara mudah. Saya tahu akan kesulitan itu. Oleh sebab itu, hanya riwayat hidup ayah saya inilah permulaan saya menulis biografi yang agak panjang. Tentu sahaja sebagai seorang anak yang tua dan dapat melihat beliau dari dekat, saya lebih banyak mengetahui akan cita-citanya, lingkungannya, kesukaannya, kesenangannya dan perangai-perangainya sebagai manusia. Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting. Iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-kali jangan hendaknya saya lupa akan keadilan, sehingga saya menulis tentang kebaikkannya secara berlebih-lebihan."
Tuesday, 13 March 2012
TBS1061 THE DIABETES ANSWER BOOK
TITLE :
THE DIABETES ANSWER BOOK : PRACTICAL ANSWERS TO MORE THAN 300 TOP QUESTIONS (soft cover)
AUTHOR :
DAVID K. McCULLOCH, MD
PUBLISHER :
ADVANTAGE QUEST PUBLICATIONS
YEAR PUBLISHED :
2011
NO. OF PAGES :
333
PRICE :
RM 34.00 + RM 7.00 delivery cost
CONDITION :
New
DESCRIPTION :
At least 20.8 million people - 7 percent of the population - have diabetes, and this number is growing. The amount of information on the subject can be overwhelming, confusing, and often conflicting. The Diabetes Answer Book is reassuring, authoritative reference for you and your family, providing sound advice, immediate answers, and essential information on the subject matters.
David K.McCulloch, MD, is a Clinical Professor of Medicine at the University of Washington in Seattle. He has worked in the field of clinical diabetes innovation for almost thirty years and has over eighty publications on a wide variety of diabetes-related topics. Since 1994, he has been the senior diabetes specialist at Group Health Cooperative, a healthcare organization in Washington state with over half a million enrolled members.
TBS1060 TERJEMAHAN AL-AZKAR IMAM AN-NAWAWI
JUDUL:
TERJEMAHAN AL-AZKAR IMAM AN-NAWAWI : JADIKAN ZIKIR SEBAGAI AMALAN DAN PENYULUH HIDUP (hardcover)
PENULIS ASAL:
AL-IMAM MUHYIDDIN ABU ZAKARIA YAHYA BIN SYARAF AN-NAWAWI
PENTAHQIQ:
MUHAMMAD ABDUL QADIR SYAHIN
PENTERJEMAH:
PANEL PENTERJEMAH
DISEMAK OLEH:
DR. MOHD. PUZHI BIN USOP
PENERBIT :
AL-HIDAYAH PUBLICATION
TAHUN TERBITAN:
2010 (cetakan ke-2)
BIL. MUKASURAT:
699
HARGA:
RM 60.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Hasil karya Imam tersohor iaitu al-Imam an-Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita untuk memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya.
Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Antara tajuk-tajuk yang diperbincangkan ialah ikhlas dan berniat baik dalam setiap perbuatan, zikir-zikir berdasarkan pada masa dan perbuatan tertentu, keutamaan istighfar dan sebagainya.
Saturday, 3 March 2012
TBS1059 VECTOR MECHANICS FOR ENGINEERS, 2nd ed.
TITLE :
VECTOR MECHANICS FOR ENGINEERS, 2nd. SI METRIC EDITION (soft cover)
AUTHOR :
FERDINAND P. BEER
E. RUSSEL JOHNSTON JR.
PUBLISHER :
McGRAW-HILL BOOK COMPANY
YEAR PUBLISHED :
1990
NO. OF PAGES :
472
PRICE :
RM 23.00 (Original price RM 78.90) + RM 7.00 delivery cost
CONDITION :
Used, seasoned
DESCRIPTION :
A great text for engineering students in order to comprehend one of the most fundamental study of mechanics; the study of static mechanics. The ability to fully understand the concept of statics and analyzing any problem in simple and logical manner will surely place a great foundation for further studies in the field.
The book approach the study in two main parts; the study of particles and rigid bodies. This approach makes it possible to consider simple practical applications at an early stage and avoiding the introduction of a more complex method until the latter part of studies.
This edition uses the international system of units (SI units). The numerical solutions also taking into consideration the use of calculators by engineering student.
Tuesday, 28 February 2012
TBS1058 AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW)
JUDUL:
AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (SIRAH RASULULLAH SAW) (hardcover)
PENULIS:
SHAIKH SAFIYURRAHMAN AL-MUBARAKFURI
PENTERJEMAH:
MOHD DARUS SENAWI ALI
PENERBIT :
CRESCENT NEWS (terjemahan)
TAHUN TERBITAN:
2000 (cetakan 2012)
BIL. MUKASURAT:
715
HARGA:
RM 60.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Sirah Rasulullah SAW adalah sejarah terbaik yang boleh diambil pengajaran darinya, kerana tiada manusia di muka bumi ini yang lebih layak dicontohi melainkan Baginda Rasulullah SAW. Juga tiada manusia lain yang mana sejarah hidupnya direkodkan secara terperinci dan menjadi ikutan jutaan manusia hingga ke hari ini. Dan demi menjaga kesuciannya, rujukan Sirah Rasulullah SAW mestilah di ambil dari sumber-sumber yang diyakini kesahihannya.
Kitab ini merupakan kitab yang unik dan tersendiri, dihasilkan secara pendekatan kronologi sejarah berdasarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW. Setiap peringkat sejarah dikaji secara mendalam dan penulis berusaha membebaskannya dari sebarang bentuk kepalsuan dan khurafat. Bab-bab disusun dari zaman sejarah awal bangsa Arab hinggalah kepada kewafatan Rasulullah SAW.
Kitab ini diperakui oleh para sarjana Islam kontemporari dan telah memenangi hadiah pertama di dalam "Sayembara Buku Sirah Nabawiah" yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami.
Wednesday, 22 February 2012
TBS1057 SYARAH ADAB & MANFAAT MENUNTUT ILMU
JUDUL:
SYARAH ADAB & MANFAAT MENUNTUT ILMU (softcover)
PENULIS:
SYAIKH MUHAMMAD BIN SHALIH al-'UTSAIMIN
PENTERJEMAH:
AHMAD SABIQ
PENERBIT :
PUSTAKA IMAM ASY-SYAFI'I (terjemahan)
TAHUN TERBITAN:
2005 (cetakan kedua 2007)
BIL. MUKASURAT:
297
HARGA:
RM 30.00 + RM 7.00 kos penghantaran
KONDISI:
Baru
KETERANGAN:
Buku ini adalah terjemahan karya asal yang berjudul Syarh Hilyah Thaalibil 'Ilmi, karya asal oleh Syaikh Abu Bakar Abu Zaid dan disyarah oleh Syaikh al-'Utsaimin.
Ia membicarakan tentang keutamaan dan adab-adab menuntut ilmu berdasarkan Qur'an dan Sunnah, yang mana berdasarkan kaedah-kaedah ini telah lahir ramai ulama terkemuka dalam berbagai bidang pengajian.
Buku ini sememangnya patut dibaca oleh sekalian pencinta ilmu, khususnya para pendidik, pelajar mahupun orang awam.
Antara topik-topik yang diperbincangkan ialah adab seorang pelajar terhadap diri sendiri, tatacara menuntut ilmu, adab dengan guru, merealisasikan ilmu dengan amal dan lain-lain.
Subscribe to:
Comments (Atom)
