Monday, 9 April 2012

TBS1067 RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA


JUDUL :
RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA

PENULIS :
DR. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN

PENERBIT :
TELAGA BIRU

TAHUN TERBITAN :
2010

BIL. MUKASURAT :
167

HARGA :
RM 20.00 + RM 7.00 kos penghantaran

KONDISI :
Baru

KETERANGAN :

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba - iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar. Dari segi bahasa sendiri digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terhadap orang yang berharap dan orang yang miskin. Istilahnya - 'membantu kemudian membunuh'. Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan. Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau. Kini pada akhir zaman, riba muncul semula dengan 'istilah' dan 'produk' yang baru.

No comments:

Post a Comment

If you have any questions or comments please do so freely. Pustaka Sabrina Team will do our best to serve your need. Thank you.